Khamis, 20 September 2012

Luahan seorang isteri " tak usah kau tanya aku kenapa?"

Masa sebelum kahwin dulu,kau kata aku lah satu2 nya harta kau...kau kata orang yang paling penting,pertama diri kau, kedua mak kau, ketiga aku...tapi setelah 5 tahun usia perkahwinan kita aku tak rasa pun aku penting dalam hidup kau..kau kata dulu sehidup semata,kau kata kita tempuh hidup bersama susah atau senang,tapi setelah beranak pinak,aku cuma rasa kau mahu senang dan yang susah kau serah kepada aku..dulu masa sebelum kita kawin,kau sangat ambil berat pasal aku,boleh di katakan tiap2 ari kau jumpa aku,tiap2 malam kau call aku,tiap2 minit kau sms aku...kau seorang yang sangat ramah dengan keluarga aku,apatah lagi dengan aku...tapi  sekarang?jangan kata nak call sebulan sekali,setahunya sekali pun tak pernah...sms? Hurmmm ..dulu kau selalu habiskan masa dengan aku,sekarang kau selalu habiskan masa dengan kawan2 kau..jauh lagi kau nak bersembang dengan keluarga aku ..riak2 kau sangat sombong...kadang2 bila aku susah,aku tak tahu nak mengadu dengan siapa,kalau mengadu dengan keluarga,takut dikata kan macam tak bersuami.. Nak mengadu dengan kau?tak tahu bila kau ada masa dengan aku...apa yang boleh aku buat?menangis,meraung sepuasnya,kalau dah sangat2 tak dapat aku tahan perasaan aku,aku lepas rasa sebak aku ni depan anak2...yang buat aku tak dapat tahan sangat tangis aku ni bila anak sulung aku yang mengesat air mata aku..memujuk aku macam anak kecil..tapi kau,kat mana time tu?aku betul2 rasa terpinggir..jauh disudut hati,aku rasa nak bawa jauh diri aku dan anak2..biar tiada seorang pun dapat cari aku...salah ke aku nak sentiasa ada bersama dengan kau..salah ke aku?kadang2 anak2 pun tak peduli pun kau ada atau tidak,bila kau berhari2 tiada di rumah anak sikit pun tak tanya...kau tak rasa apa2 ke?penting sangat ke aktiviti bersama kawan2 kat luar tu..aku dan anak2 atau kawan2 tanggungjawab kau?aku ni siapa pada kau?isteri atau perhiasan rumah saja?ya ALLAH kau sampaikan lah keluhan aku pada suami ku...jadikan lah dia suami yang sangat memahami akan masaalah isterinya.beritahu padanya aku sangat merindui nya...amin....

"keluhan rakan fb admin" kita doakan kebahagiaan si isteri Yer...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan